MESYUARAT JK PENGELOLA PERAI RUN 2010

>> Wednesday, February 24, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perai Run 2010 pertama telah diadakan pada hari ini (Rabu, 24 Feb 2010) jam 1.30 petang di Pusat Sumber Sekolah. Antara agenda yang dibincangkan adalah agihan tugas jawatankuasa kerja, tatacara pemasaran kad, permohonan lesen/surat kebenaran JPN dan spesifikasi tugas AJK. Semua AJK hadir kecuali AJK yang berhalangan atas sebab tugas rasmi. Mesyuarat dan taklimat AJK kerja, Pegawai Kejohanan dan pelajar akan diadakan dari masa kem masa.
Catatan :

  • Perai Run 2010 - Rabu, 02 Jun 2010
  • Tempoh kutipan : 27 April hingga 27 Mei 2010

Read more...

KENANGAN KOT KE 21

>> Saturday, February 20, 2010

Read more...

NASIB SUKAN DI SEKOLAH PERLU PEMBELAAN

>> Friday, February 19, 2010

Ditulis oleh SRIHANASHAM NOORDIN

JIKA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) benarbenar serius untuk `memeriahkan’ semula aktiviti sukan di sekolah, bukan sekadar pelajar mengikuti subjek Pendidikan Jasmani (PJ) dan Sains Sukan sematamata, banyak isu yang perlu dilihat, ditimbang dan diselesaikan.

Dekan Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Mohd Sani Madon, berkata beliau percaya pelbagai peringkat masyarakat giat memperkatakan mengenai sukan di negara ini terutama berkaitan sukan di sekolah.

Katanya, antara isunya ialah sukan di sekolah seolah-olah dianaktirikan dan dianggap sebagai matapelajaran kelas kedua yang mungkin berpunca daripada orientasi terhadap akademik dan peperiksaan yang terlalu tinggi.

“Keadaan ini membabitkan semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan menganggap seolah-olah pelajar cemerlang akademik semata-mata menjadi kebanggaan mereka, bukan lagi pelajar yang mengharumkan nama sekolah dalam sukan,” katanya.

Isu kedua ialah berkaitan dengan sukan mula menjadi kelas kedua kerana semakin kurang prasarana yang disediakan. Contohnya ialah padang, gelanggang, gimnasium.

“Malangnya, kita lihat dekad terakhir ini, mangsa pertama kepada pembangunan ialah padang. Kalau hendak tambah bangunan dan sebagainya, padang yang pertama sekali dikorbankan. Ini tidak berlaku pada zaman dulu. Lihatlah di sekeliling berapa banyak padang dikorbankan. Tetapi, kita tidak boleh menyalahkan kerajaan kerana keperluan menempatkan pelajar lebih ramai,” katanya.

Read more...

AKTIVITI KOKURIKULUM BINA PELAJAR BERSAHSIAH

Ditulis oleh ROSNITA ABU BAKAR

KOKURIKULUM juga dikenali sebagai kurikulum tambahan, pendidikan untuk waktu lapang atau kelas tambahan. Aktiviti yang terkandung dalam kokurilum adalah sebahagian kurikulum formal yang merangkumi aktiviti persatuan, kelab, sukan dan permainan, serta unit beruniform yang dijalankan di luar bilik darjah.

Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib. Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya (Rujuk subseksyen 135 (1) Akta Pendidikan 1996) dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi RM500 sebagai tambahan kepada penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya mengikut akta itu.

Bidang kokurikulum terbahagi kepada tiga bahagian iaitu persatuan/kelab, sukan dan permainan dan unit beruniform. Collins (1973) merumuskan bahawa apa juga aktiviti selain kurikulum di sekolah dalam konteks pembelajaran murid dianggap sebagai kokurikulum, sama ada ia bersifat intra-mural atau ekstra-mural dan sama ada ia dalam pembelajaran formal atau tidak. Abdul Alim (1994) pula menganggap kokurikulum sebagai aktiviti yang masih bersifat pendidikan yang dilaksanakan di dalam dan luar sekolah tanpa mengabaikan aspek kurikulum.

Read more...

USAH JADIKAN SUKAN AKTIVITI BERMUSIM

Ditulis oleh DATUK WIRA MAZLAN AHMAD & DR ZUBER HASSAN

KAMI berkesempatan menghadiri beberapa majlis yang dianjurkan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) dan beberapa bahagian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan tetamu utama dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa yang menarik ialah pada setiap kali ucapannya, beliau amat menekankan aspek pembangunan modal insan melalui aktiviti sukan dan kokurikulum. Salah satu yang diberi perhatian untuk dikupas dan dikongsi bersama dalam artikel ini ialah saranan beliau untuk mempopularkan atau menjanakan sukan di sekolah.

Menteri Pelajaran membuat pengumuman supaya kegiatan sukan di sekolah perlu dipopularkan semula. Kenyataan itu mendapat respon dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk persatuan sukan, ahli akademik serta mereka yang berkepentingan dengan sekolah.

Masyarakat menyifatkan budaya bersukan di sekolah kini semakin malap dan tidak bermaya. Kegiatan bersukan di sekolah pada zaman 60-an dan 70-an sentiasa segar, hidup dan tidak bermusim seperti sekarang. Setiap kali atlet negara gagal di pertandingan antarabangsa, sekolah dijadikan puching bag oleh pihak yang beranggapan bahawa sukan di sekolah gagal melahirkan atlet yang cemerlang lagi. Satu perkara laigi, masyarakat juga mempunyai persepsi bahawa kemudahan sukan di sekolah terutamanya padang dikorbankan untuk membina bangunan bilik darjah atau makmal komputer.

Perlu kami jelaskan di sini bahawa aktiviti sukan di sekolah berjalan dan dilaksanakan, tetapi, tidak memberi impak seperti yang diharapkan masyarakat. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) mempertandingkan 25 jenis sukan sepanjang tahun. Bagaimanapun, banyak pihak menganggap pertandingan itu sebagai sekadar melepaskan batuk di tangga kerana jadual pertandingan yang ketat dan diadakan pada waktu kurang sesuai.

Read more...

PANDUAN ACARA PADANG & BALAPAN

Read more...

GARIS PANDUAN UNTUK PERMOHONAN MELANCONG DI BAWAH PERATURAN (MELANCONG) SEKOLAH 1957

Pendahuluan

Takrif ‘melancong’ adalah sebagaimana yang diterangkan dalam Peraturan 2(1) dan 2(2) ‘The Schools (Tours) Regulations 1957’. Sila rujuk salinannya yang tertera pada muka surat 110.

1. Peraturan-Peraturan Am Yang Patut Diikuti:
1.1 Peraturan (Melancong) Sekolah 1957 “The Schools (Tours) Regulation 1957”
1.2 Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. KP 8592/L bertarikh 12.7.1966.
1.3 Bagi yang menggunakan Bas (Bas Sekolah/Bas Pelancong, dan lain-lain) Kebenaran Pengarah Pengangkutan Jalan hendaklah diperolehi.

2. Cara memohon:
2.1 Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang seperti contoh yang dilampirkan. Borang-borang ini hendaklah disediakan sendiri oleh pihak sekolah.
2.2 Bagi Lawatan Dalam Negeri permohonan hendaklah dibuat dalam 4 salinan.

2.3 Bagi Lawatan Keluar Negeri:
2.3.1 Tiap-tiap permohonan hendaklah dalam 6 salinan
2.3.2 Tambahan satu salinan bagi tiap-tiap satu negeri yang dilawati.
         Contoh: Ke Bandar Melaka di Negeri Melaka
                      Port Dickson di Negeri Sembilan ) 3 Negeri Kuala Lumpur di Wilayah Persekutuan )
                      ( 6 + 3 = 9 salinan )
2.4 Tentukan semua maklumat yang dikehendaki diisi dengan lengkap.
2.5 Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Guru Besar / Pengetua sekolah 6 minggu sebelum taarikh lawatan.
2.6 Guru Besar / Pengetua hendaklah menyampaikan borang tersebut kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang 5 minggu sebelum tarikh lawatan.
2.7 Sertakan sampul surat beralamat sentdiri tanpa setem.
2.8 Surat kebenaran bertulis ibu bapa / penjaga tidak perlu dihantar kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang.

3. Panduan Mengisi Borang:
3.1 Permohonan hendaklah ditandatangani sendiri oleh Guru Besar / Pengetua. (Sebab-sebab hendaklah diberi jika penandatangan bukan Guru Besar / Pengetua)
3.2 Bahagian Butir-Butir Berkenaan Wang: (Maklumat hendaklah mengandungi)
3.2.1 Jumlah wang yang dipungut.
3.2.2 Punca wang sama ada dari murid-murid, guru, PIBG, Jemaah Pengurus / Pengelola, Peruntukan Kementerian atau subsidi Jabatan atau lain-lain punca (sebutkan punca itu)
3.2.3 Jika daripada murid-murid, catatkan jumlah bayaran yang dikenakan bagi seorang murid.
3.2.4 Jumlah bayaran sewa bas, makan minum, bayaran tiket masuk ke tempat yang dilawati, bayaran tempat penginapan dan bayaran-bayaran lain (jika ada)
3.2.5 Maklumat orang / orang-orang yang dibenarkan memungut dan membelanjakan wang.

3.3 Bahagian Tempat-tempat Yang Dilawati:
3.3.1 Dibahagian ini hendaklah dicatatkan semua nama-nama tempat yang hendak dilawati termasuk nama negeri yang berkenaan.
3.3.2 Tarikh dan masa.
3.3.3 Nama tempat bermalam, jika bermalam.
3.4 Senarai peserta hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:
3.4.1 Nama Penuh (Contoh: Ahmad bin Hassan, Vellu a/l Subramaniam, Lim Peng Kee)
3.4.2 Nama Dalam Tulisan Cina bagi peserta keturunan Tianghua.
3.4.3 Jantina (Catatkan ”L” bagi lelaki dan ”P” bagi perempuan)
3.4.4 Darjah / Tingkatan (jika bukan murid, catatkan perihalnya)
3.4.5 Umur
3.4.6 Alamat tempat tinggal. Jangan gunakan alamat sekolah kecuali jika murid yang berkenaan tinggal di asrama.

4. Hal-Hal Lain:
4.1 Persetujuan bertulis daripada ibu bapa / penjaga murid hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum lawatan diadakan. Perakuan kebenaran bertulis ibu bapa / penjaga hendaklah mengikut format yang dilampirkan.
4.2 Jika peserta rombongan melibatkan murid-murid dari sekolah lain, kebenaran bertulis Guru besar / Pengetua hendaklah diperolehi.

5. INGATAN:
5.1 Peraturan keselamatan hendaklah diterangkan kepada murid-murid dan guru sebelum lawatan itu dibuat.
5.2 Alat pertolongan cemas hendaklah dibawa bersama semasa lawatan.
5.3 Kebenaran Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang hendaklah diperolehi terlebih dahulu jika hendak meminda atau menangguhkan tarikh lawatan. Dalam hubungan ini Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang boleh meminta pihak sekolah membuat permohonan baru.
5.4 Sekiranya lawatan berkelompok yang melibatkan beberapa buah sekolah, permohonan hendaklah dibuat melalui salah seorang Guru bedar / Pengetua sekolah-sekolah yang berkenaan dan permohonan hendaklah dibuat atas nama Guru Besar /Pengetua sekolah yang berkenaan.
5.5 Sebarang pertukaran peserta atau tambahan peserta adalah tidak dibenarkan.
5.6 Jika peserta rombongan terdiri daripada murid lelaki dan perempuan, guru pengawasnya hendaklah terdiri daripada guru lelaki dan perempuan.
5.7 Untuk mengadakan kawalan yang lebih berkesan bilangan guru pengawas hendaklah bersesuaian dengan ramai murid.
5.8 Permohonan yang diterima kurang daripada 5 minggu tanpa sebab-sebab yang munasabah tidak akan dilayani.
5.9 Ketua rombongan atau guru pengawas hendaklah setiap masa memastikan bilangan peserta rombongan cukup sebelum bertolak ke sesuatu tempat atau berlepas balik.
5.10 Jika ibu bapa / penjaga telah diberitahu tentang masa ketibaan rombongan di tempat menunggu (Perjalanan balik), jika berlaku sebarang kelewatan, hendaklah diberitahu kepada ibu bapa / penjaga terlebih dahulu. Dari segi ini hendaklah ditugaskan seorang murid untuk menerima maklumat supaya dapat disampaikan kepada ibu bapa / penjaga.

Surat Pekeliling Ikhtisas 5/2002 Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan

Read more...

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN

Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang sudah berlaku. Biasanya kita diminta melaporkan kegiatan persatuan, pertubuhan, lawatan, perjalanan sesuatu majlis, mesyuarat, pertandingan dan sebagainya. Orang yang melaporkan itu pula biasanya berjawatan pengerusi, setiausaha atau ahli jawatankuasa persatuan dan sebagainya. Mereka perlu benar-benar mengetahui segala hal atau peristiwa yang hendak dilaporkan itu.


Format laporan hendaklah mengandungi:

1) TAJUK LAPORAN

  • ditulis pada huruf besar pada setiap awal kata kecuali kata hubung dan kata sendi ( dan/atau/dengan dll berikan garis di bawahnya
2) ISI
  • dimulakan dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
3) PENGAKUAN PELAPOR 
  •  ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan akhir dengan melangkau tiga baris kosong dan diakhiri dengan tanda koma.(,)
  • huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar.
4) TARIKH 
  •  ditulis di sebelah kanan setentang dengan pengakuan pelapor
5) TANDATANGAN PELAPOR
  • ditulis di sudut kiri.
6) NAMA PELAPOR & PERSATUAN
  • ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan diakhiri dengan tanda nokhtah.

Read more...

PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI

DEFINISI MESYUARAT

Mesyuarat adalah perbincangan formal di antara tiga individu atau lebih untuk mencapai objektif bersama melalui proses komunikasi.
Mesyuarat berbeza mengikut keahlian, organisasi dan objektifnya.

ASAS PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI

  1. Ada objektif dan agenda yang jelas.
  2. Bermula dan berakhir mengikut ketetapan masa.
  3. Kemudahan fizikal yang selesa.
  4. Notis pangilan mesyuarat.
  5. Ahli-ahlinya mempunyai kepakaran.
  6. Perbincangan secara positif.
  7. Peranan pengerusi berkesan
  8. Peranan setiausaha berkesan
  9. Minit mesyuaratnya tepat.
  10. Ada tindakan susulan yang berkesan.
TATASUSILA/ADAB MESYUARAT.
  1. Jangan tiba lewat
  2. Elakkan gangguan semasa Mesyuarat
  3. Tidak meninggalkan bilik Mesyuarat
  4. Elakkan duduk yang menunjukkan kurang minat
  5. Mendengar secara aktif/penuh minat.
  6. Cuba beri sumbangan secara berkesan.
  7. Fokuskan kepada objektif Mesyuarat
  8. Mencari perkara-perkara positif dan elakkan perkara negatif.
  9. Cuba menjadi ahli yang aktif
  10. Membentuk dan Menyusun Agenda
PERKARA UTAMA DALAM AGENDA MESYUARAT:
  1. Perutusan Pengerusi
  2. Pengesahan minit Mesyuarat yang lalu.
  3. Perkara-perkara berbangkit.
  4. Senaraikan perkara-perkara baru yang hendak dibincangkan.
  5. Pembentangan kertas kerja jika ada.
  6. Hal-hal lain
  7. Penutupan Mesyuarat.
SENARAI AGENDA MENGIKUT ANGGARAN MASA

1 Ucapan Pengerusi (15 min )
2 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu (2 min)
3 Perkara Berbangkit (30 min)
4 Perkara baru yg dibincagkan (20 min)
5 Pembentangan kertas kerja (20 min)
6 Hal-hal Lain (23 min)
Jumlah Masa Untuk 6 Agenda ( 120 min )

PANDUAN MENGENDALIKAN MESYUARAT

SEBELUM MESYUARAT
P Tetapkan tujuan/obj mesyuarat
P Tetapkan tarikh/masa/tempat / ahli/agenda mesyuarat
Sediakan/hantar notis/ agenda mesyuarat /kertas kerja
Sediakan tempat /peralatan

SEMASA MESYUARAT
Buka mesyuarat /mengawal perbincangan /rumusan
Catat kehadiran/ catat butir perbincangan/ beri justifikasi

SELEPAS MESYUARAT
SU Sediakan deraf minit mesyuarat
P Luluskan deraf minit mesyuarat
SU Edarkan minit mesyuarat
Simpan rekod/dokumen
Ambil tindakan
Adakan post mortem

PERANAN DAN TUGAS PENGERUSI
Peranan.
Pengacara, penggerak, pemandu dan pengadil
Tugas
Merancang dan mempengurusikan mesyuarat.
Menentukan bagaimana, bila bermula dan berakhirnya mesyuarat.
Menggalakkan perbincangan dan penyertaan
Menghormati pendapat dan pandangan ahli.
Menentukan sususnan agenda dipatuhi.
Menjaga disiplin mesyuarat
Mengawal perjalanan masa, berhenti pada masanya.

PERTIMBANGAN DALAM MESYUARAT
PERANCANGAN
Kenapa mesyuarat diadakan?
Apakah isu/masalah yang hendak dibincangkan?
Apakah objektif mesyuarat?
Apakah keputusan yang hendak dicapai?
Siapa perlu hadir?
Pilih tarikh, tempat dan waktu yang sesuai.
Tentukan cara mesyuarat dijalankan dan bagaimana keputusan Mesyuarat dibuat.

SEMASA MESYUARAT
PADA AWAL MESYUARAT
Datang awal bagi menyesuaikan diri dengan suasana dan ahli-ahli Mesyuarat.
Mulakan Mesyuarat tepat pada masa yang ditetapkan.
Wujudkan suasana selesa, ucapan aluan dan memperkenalkan ahli-ahli jika perlu.
Maklumkan tujuan, objektif dan tempoh mesyaurat.
Luluskan minit Mesyuarat yang lalu.
Jelaskan perkaa pentadbiran atau pengurusan pada awal Mesyuarat.

PERBINCANGAN
Mulakan perbincangan dengan mengemukakan sesuatu isu.
Menjemput pandangan mengenai isu/masalah.
Menjemput penjelasan isu dari ahli-ahli Mesyuarat.
Beri peluang sama-rata kepada ahli-ahli yang ingin bercakap.
Galakkan penyertaan semua ahli.
Dapatkan penjelasan dari perkara-perkara yang tidak jelas.
Menghalang perbincangan yang tidak berkaitan.
Mengawal waktu/pembahagian masa. Jika perlu lambatkan/cepatkan tempoh Mesyuarat.
Mengawal masalah ahli Mesyuarat:
Ahli pendiam
Ahli banyak bercakap
Ahli bersikap negatif.
Kekalkan suasana harmonis dan elakkan perselisihan faham.
Beri kesimpulan dari masa kesemasa, apa yang telah dibincangkan.

DI AKHIR MESYUARAT
Ulas kembali perkara yang telah dibincangkan.
Maklumkan keputusan yang telah diambil/ditolak, diterima, diberi perhatian/ditunda.
Maklumkan tindakan susulan yang perlu diambil
Tetapkan masa, tarikh dan tempat Mesyuarat yang akan datang sekiranya perlu.
Tamatkan m yang akan datang sekiranya perlu.
Tamatkan Mesyuarat tepat pada masanya.

SETIAUSAHA
Bawa ke bilik Mesyuarat, minit Mesyuarat, (laporan-laporan, nota-nota /bahan rujukan –jika perlu).
Datang awal ke tempat Mesyuarat – semak kemudahan/keperluan Mesyuarat.
Sediakan senarai para hadirin.
Bantu pengerusi – ingatkan peraturan, masa dan agenda.
Catatkan nama peserta yang bercakap dan butir-butir percakapanya.
Ambil nota-nota dengan jelas.
Sediakan minit Mesyuarat yang berkualiti – 7 hari.
Sampaikan keputusan dan arahan kepada mereka yang perlu mengambil tindakan susulan – segera.

KEPIMPINAN DALAM MESYUARAT
Personaliti yang dihormati
Ada kewibawaan – berbudi bahasa, bersopan santun, pandai membuat teguran, melaksanakan peraturan Mesyuarat.
Berpengetahuan – bijaksana dan membuat keputusan yang tepat.
Berdisiplin terhadap masa dan peraturan.
Mesra – hubungan baik dengan semua ahli.
Sebelum diadakan Mesyuarat patut hantar surat panggilan mesyuarat.
Mesyuarat bergantung kepada agenda mesyuarat yg ditetapkan.
Perkara-perkara penting di dalam menulis minit mesyuarat.

STRUKTUR MINIT MESYUARAT
PERBINCANGAN MESYUARAT
Pengesahan minit Mesyuarat.
Pindaan minit Mesyuarat.
Perkara berbangkit.
Perkara yang dibincangkan.
Pernyataan tamat Mesyuarat.
Lampiran jika ada.

Alamat (Contoh: SM Kebangsaan Perai,13700 Perai, SPT, Pulau Pinang)
  1. Tajuk :Minit Mesyuarat
  2. Tarikh: 
  3.  Masa
  4. Tempat
  5. Pengerusi Mesyuarat: 
  6.  Kehadiran 
  7.  Tidak Hadir dan Sebabnya
  8. Agenda Mesyuarat.
Agenda
1.0 Ucapan Pengerusi Tindakan
2.0 Mengesahkan Minit
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Kewangan Bendahari
5.0 Hal-hal lain

Mesyuarat ditangguhkan pada jam......
Pencatat

…………………..................
( t.t , Nama dan Jawatan)

Pengesahan

…………………..................
(t.t , Nama dan Jawatan)

s.k

Read more...

KEMAHIRAN CIKGU.....

“JIKA hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.”

(Usman Awang, 1979)

Demikianlah sebahagian daripada kata-kata puitis nukilan Datuk Dr. Usman Awang yang menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai pembina modal insan cemerlang sejak zaman berzaman. Jika dilihat pada perkataan guru ianya tidaklah sebegitu ”glamour” jika dibandingkan dengan perkataan lain seperti penolong pengarah, doktor, pengurus dan sebagainya.
Manakala persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan pula membayangkan tentang ruang cuti yang banyak, masa kerja yang terhad, bidang tugas yang mudah serta hasil pulangan yang terjamin.
Mungkin inilah agaknya permohonan untuk menjadi guru berlipat kali ganda banyaknya setiap tahun termasuk mereka yang sudah mendapat kerja tetapi sanggup mengorbankan pekerjaan mereka walaupun sudah beroleh pendapatan yang agak lumayan.

Mereka menarik nafas lega apabila permohonan untuk mengikuti kursus perguruan diluluskan.
Biar apa sahaja persepsi orang terhadap profesion perguruan tetapi sebagai seorang guru tugas dan tanggungjawab adalah terletak kepada kemahiran mendidik anak-anak. Biar setinggi mana ijazah yang dimiliki tetapi jika seseorang guru tidak memiliki kemahiran yang sewajarnya maka perkataan seperti ”pengajaran cikgu membosankan” ”cikgu ajar tak seronok” akan keluar dari mulut murid-murid yang mungkin memberi gambaran bahawa pengajaran guru tersebut tidak berkualiti bukan hanya dari aspek isi pengajaran atau perancangan tetapi dari aspek strategi sistem penyampaian.

Bagi menangani masalah ini seseorang guru terutamanya bagi mereka yang baru dalam bidang profesion perguruan ini harus mempunyai beberapa kemahiran sebagai nilai tambah dalam proses wewujudkan pengajaran yang berkesan. Dick & Reiser, (1990) pernah mendefinisikan pengajaran berkesan iaitu selain daripada kemampuan menerapkan pengetahuan, kemahiran dan sikap, guru juga harus mampu mewujudkan keseronokan belajar di kalangan murid.

Di antara langkah yang mampu membentuk kemahiran strategi penyampaian dalam mewujudkan suasa pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan ialah seperti berikut:

a. Mengenali & menjiwai ciri-ciri diri murid: Sebagai ibu atau bapa kepada murid-murid di sekolah, guru bukan sekadar mengenali nama sahaja tetapi harus menjiwai mereka. Ini bermaksud guru seharusnya memahami kehendak, tabiat, sikap, tingkahlaku yang merangkumi aspek kekuatan dan kelemahan muridnya mengikut tahap umur masing-masing. Proses ini seharusnya berlaku apabila seseorang guru itu mula melangkah ke bilik darjah pada hari pertama dan dilakukan secara santai melalui proses interaksi 2 hala.

b. Kreatif & inovatif: Memang mudah untuk mengajar iaitu hanya memerlukan sukatan pelajaran, rancangan pelajaran serta bahan pengajaran. Walau bagaimanpun adalah agak sukar untuk menyampaikan pengajaran agar ianya dapat difahami dan tidak menjemukan. Oleh itu guru harus kreatif dan inovatif dalam penyampaiannya. Seperti juga sebagai seorang pelakon guru harus bijak memainkan peranannya dalam pelbagai situasi untuk menarik minat murid ke arah penumpuan pembelajaran. Guru yang kreatif dapat mengintegrasikan pelbagai bahan, kaedah dan teknik dalam penyampaiannya. Penghasilan, penciptaan dan pengubahsuaian bahan serta corak pembelajaran menjadikan ianya lebih inovatif serta mampu melibatkan diri murid-murid dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.

c. Kecindan: Seseorang guru tidak semestinya garang dan tidak pula terlalu lembut dengan murid-muridnya tetapi apa yang disukai oleh pelajar ialah guru yang mempunyai unsur kecindan dalam penyampaian. Unsur kecindan ialah kata-kata atau perlakuan yang berunsur jenaka yang tidak keterlaluan bertujuan untuk menimbulkan rasa seronok serta menghilangkan tekanan sewaktu berlakunya sesi pengajaran dan pembelajaran.

Seorang guru yang berkesan ialah mereka yang disegani dan dihormati oleh murid. Manakala prestasi guru yang cemerlang pula bukan hanya terletak kepada nama pangkat atau jawatan tetapi mereka yang mampu membuat penyampaian yang menarik, kreatif dan inovatif serta mampu memberi pemahaman sepenuhnya kepada murid dengan penuh bertanggungjawab.

Oleh DR. ISMAIL ZAIN

Read more...

POLISI KESELAMATAN (SOP) SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM

"KEMALANGAN SIFAR"

OBJEKTIF
•Memastikan tiada kemalangan berlaku semasa menjalankan aktiviti kokurikulum
•Memastikan aktiviti yang dijalankan, dirancang dengan mengambil kira tatacara keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian Pelajaran.
•Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan.

PERANAN IBUBAPA
•Mengambil tahu aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh anak-anak jagaan masing-masing.
•Meneliti dan mengisi borang-borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berakitan dengan aktiviti yang dijalankan. Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
•Memaklumkan kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing.
•Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk mengikuti sebarang aktiviti.
•Menandatangan borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
•Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
•Mengenalpasti guru-guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon guru berkenaan/pihak sekolah.

PERANAN GURU
SEMASA AKTIVITI GERKO
•Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami isi kandungannya.
•Memahami dan mematuhi tatcara tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan.
•Menyimpan rekod profil dan juga kegiatan pelajar serta dikemaskini.
•Merekodkan sebarang kemalangan semasa aktiviti dalam buku rekod kemalangan.
•Mengenalpasti pelajar yang tidak sihat atau mempunyai surat pengesahan perubatan tentang sesuatu penyakit yang perlu dikecualikan daripada menjalankan aktiviti.
•Menyediakan surat makluman kepada ibubapa / penjaga tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan.
•Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk dipenuhkan dan dikumpulkan semula aktiviti dijalankan. Borang ini difailkan dalam fail Kebenaran Menyertai Aktiviti di bilik GPK Kokurikulum.
•Hadir di tempat aktiviti 15 minit sebelum aktiviti dimulakan dan mengawasi murid sepanjang masa untuk mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang tidak diingini.
•Mencatat kehadiran pelajar.
•Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan pelajar.
•Memastikan kawasan yang digunakan dalam keadaan yang selesa dan selamat.

AKTIVITI PERKHEMAHAN DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
•Mestilah mempunyai Sijil Pertolongan Cemas atau Sijil Kelayakan dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.
•Jika guru tidak mempunyai sijil kelayakan yang diperlukan, tenaga pengajar atau kakitangan lain yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan mesti mempunyai sijil kelayakan yang diperlukan.
•Memohon kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri dan juga pihak polis bergantung kepada jenis aktiviti dijalankan.
•Menyediakan senarai barang-barang keperluan pelajar.
•Menyediakan surat makluman kepada ibu bapa / penjaga.
•Mengedarkan borang keperluan ibu bapa dan dikumpulkan semula sebelum aktivtiti dijalankan.
•Menyediakan peraturan yang lengkap sepanjang aktiviti dijalankan.
•Pengawasan dan penyeliaan yang rapi.
•Mengkaji dan meninjau tempat aktiviti yang dijalankan.
•Mengatur program yang sesuai.

PROSEDUR TETAP (SOP) PELAJAR SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM

1. SUKAN DAN PERMAINAN
•Pelajar hendaklah melaporkan taraf kesihatan yang terkini sebelum menjalankan aktiviti.
•Memakai pakaian yang sesuai sewaktu aktiviti dijalankan.
•Bergerak ke kawasan sukan setelah menerimaarahan daripada guru.
•Mesti mengikut arahan guru semasa melakukan kemahiran asas pergerakan dan permainan.
•Laporkan segala kerosakan alat kepada guru yang bertugas jika alat yang rosak selepas digunakan. Jika terdapat alatan yang rosak, jangan digunakan dan laporkan kepada guru .
•Melaporkan kemalangan yang berlaku kpad guru bertugas.

2. UNIT BERUNIFORM
•Mesti sihat untuk menjalankan aktiviti dan memakai pakaian yang sesuai.
•Berada di lokasi aktiviti pada tempat dan masa yang ditentukan.
•Ketua Pasukan merekodkan kedatangan ahli .
•Aktiviti dijalankan secara berkumpulan.
•Tunggu arahan daripada guru penasihat.
•Sentiasa mematuhi arahan guru penasihat.
•Sekiranya berlaku kemalangan ikut tatacara menghadapi kemalangan dan beri rawatan.

3. KELAB / PERSATUAN
•Pelajar berada di tempat tepat pada masa yand ditetapkan.
•Setiausaha merekodkan kehadiran ahli.
•Memakai pakaian yang telah ditetapkan.
•Mengikut arahan guru sepanjang aktiviti.
•Sekiranya berlaku kemalangan/kecemasan hendaklah diberi rawatan kecemasan dengan segera dan laporkan kepada guru.
•Sekiranya pelajar tidak dapat meneruskan akiviti ,guru penasihat hendaklah melaporkan kepada ibu bapa dan menghantar pelajar pulang atau ke hospital.

4. LAWATAN SAMBIL BELAJAR
•Pelajar melengkapkan borang kebenaran waris yang disediakan dan menyerahkannya kepada guru penasihat.
•Pakai pakaian dan peralatan yang sesuai.
•Pastikan ada pengenalan sekolah dan diri masing-masing.
•Bawa peti kecemasan yang lengkap.
•Catat kedatangan dan naik kenderaan yang digunakan dengan mengutamakan keselamatan.
•Setelah tiba ke tempat yang dituju ikut arahan guru.
•Lakukan aktiviti dalam kumpulan.
•Sekiranya terpisah daripada kumpulan, jangan panik , tunggu di satu tempat dan minta bantuan sehingga bantuan sampai.

5. AKTIVITI PERKHEMAHAN
•Lengkapkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga dan serahkan kepada guru.
•Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
•Pakai baju lengan panjang dan kasut sukan.
•Dirikan khemah di kawasn sesuai .
•Tabur serbuk belerang di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang merayap yang berbisa.
•Bersihkan kawasan sekeliling khemah.
•Jangan tebang dan merosakkan sebarang tumbuhan kerana mungkin beracun.
•Ketua kumpulan jalankan aktiviti kumpulan.
•Hentikan aktiviti sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk berlaku.
•Sekiranya diganggu oleh haiwan liar atau kecemasan jangan panik menjeritlah minta pertolongan kecemasan dengan segera.
•Laporkan kepada guru / penyelamat keselamatan.
•Sekiranya berterusan, keluar dari kawasan perkhemahan dan dapatkan rawatan di klinik/hospital berdekatan.
•Bawa peralatan yang lengkap dan peti kecemasan.
•Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru / pegawai bertugas / penyelamat kelemasan.
•Mesti gunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.

Surat Pekeliling Ikhtisas 1/1995
Surat Pekeliling Tambahan Ikhtisas 9/2000

Read more...

CONTOH KERTAS KERJA / PROJEK

CONTOH KERTAS KERJA/KONSEP/PROJEK
SM KEBANGSAAN PERAI
1. Nama Projek : …………………………………………………………………
2. Ketua Guru Penasihat : …………………………………………………………
3. Guru Penasihat : ……………………………………………………………
4. Pengerusi Projek : ……………………………………………………………..
5. Naib Pengerusi Projek : ……………………………………………………….
6. Setiausaha Projek : …………………………………………………………….
7. Naib Setiausaha : ………………………………………………………………..
8. Bendahari Projek : ……………………………………………………………...
9. AJK Projek : ……………………………………………………………………
10. Bilangan peserta projek : Lelaki ………….. Perempuan ………………………
11. Tarikh Projek : ………………… hingga ………………………..
12. Tempat Projek : ……………………………………………………………….
13. Matlamat Projek : ……………………………………………………………
14. Objektif Projek : ……………………………………………………………..
15. Kewangan Projek : …………………………………………………………..
16. Anggaran Perbelanjaan : …………………………………………………….
17. Pengangkutan : ………………………………………………………………
18. Program/jadual atur cara projek : Sila lampirkan

  •      Sila nyatakan senarai semak Tarikh MasaTindakan
         Contoh: Melawat tapak perkhemahan - 18 Jan 2010  - Ketua Projek & Guru Penasihat
19. Tarikh,Tandatangan dan nama AJK yang menyediakan kertas projek.
20. Pengesahan dan semakan guru penasihat.
  • Dimajukan melalui Guru Penasihat sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum tarikh pelaksanaan kepada Pengetua/GPKK.

Read more...

PENGURUSAN FAIL AJK

FAIL PENGERUSI
Maklumat ahli
Senarai ahli jawatankuasa dan senarai penasihat
Perlembagaan kelab
Minit mesyuarat

FAIL SETIAUSAHA
Minit mesyuarat
Surat-surat berkaitan kelab
Buku-buku panduan kelab
Perlembagaan kelab
Maklumat ahli
Senarai ahli jawatankuasa dan guru penasihat
Laporan Mingguan (Lampiran I)

FAIL BENDAHARI
Penyata kira-kira kewangan kelab
Bil-bil pembelian/baucer pembelian


 

Read more...

PENGURUSAN FAIL KELAB/PERSATUAN/UNIT

PENGURUSAN FAIL

1.0 Fail Induk Kelab / Persatuan
 Surat Permohonan menubuhkan Unit Pakaian Seragam, Kelab/ Persatuan dan Sukan/Permainan daripada guru/murid disertakan bersama :
 Draf perlembagaan
 Draf aktiviti asas
 Senarai Jawatankuasa Penaja
 Surat kelulusan penubuhan daripada Pengetua selaku Penolong Pendaftar Sekolah. Ada penyataan kelulusan penubuhan.
 Surat pelantikan sebagai Guru Pemimpin/Penasihat. Ada penyataan penurunan kuasa pengelolaan dan penyeliaan.
 Minit Mesyuarat Agung penubuhan.
 Perlembagaan yang disahkan oleh Pengetua/GPKK.
 Senarai jawatankuasa yang disahkan oleh Pengetua/GPKK.
 Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh Pengetua/GPKK.
 Jadual aktiviti tahunan yang disahkan oleh Pengetua/GPKK.
 Senarai keahlian yang disahkan oleh Guru Pemimpin.
 Surat permohonan mengutip derma keahlian daripada Bendahari.
 Surat kelulusan mengutip derma daripada Pengetua/GPKK.
 Akaun kewangan/belanjawan yang disahkan.
 Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan daripada Guru Pemimpin kepada Pengetua/GPKK.
 Surat kelulusan untuk menjadi ahli gabungan daripada Pengetua/ GPKK.
 Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan kepada Badan Induk.
 Surat penerimaan menjadi ahli gabungan daripada Badan Induk.
 Minit-minit mesyuarat yang diadakan.
 Surat-surat pekeliling yang berkaitan daripada:
• Kementerian Pendidikan Malaysia
• Jabatan Pendidikan Negeri
• Pejabat Pendidikan Daerah
• Sekolah
 Dokumen pencapaian cemerlang ahli-ahli.
 Laporan setiap aktiviti.
 Laporan tahunan. (Lampiran H)
 Daftar penilaian bagi setiap ahli.
 Surat penyerahan kembali kuasa dan perlantikan sebagai Guru Pemimpin daripada Guru Pemimpin kepada Pengetua/GPKK.
 Stok dan inventori.
 Sampel-sampel Sijil/Surat Penghargaan.

Read more...

SPESIFIKASI TUGAS KOKURIKULUM

JAWATANKUASA KOKURIKULUM
1) Merancang aktiviti kokurikulum sekolah : rancangan jangka panjang / jangka pendek.
2) Mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa.
3) Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
4) Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
5) Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh.
6) Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat zon / negeri / kebangsaan.
7) Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
8) Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah dan lain-lain kegiatan kokurikulum sekolah.
9) Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
10) Membuat anggaran perbelanjaan / peruntukan kewangan yang akan digunakan.
11) Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.

PENYELARAS SUKAN/PERMAINAN,UNIT BERUNIFORM & KELAB/PERSATUAN
1) Mengatur dan menyedia perjalanan persatuan akademik / kelab / badan beruniform/sukan & permainan
2) Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat
3) Menyelaraskan semua aktiviti.
4) Menentukan laporan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
5) Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan diadakan setiap tahun pada tarikh yang telah ditetapkan.
6) Memastikan peraturan / perlembagaan direkod dan difailkan.
7) Menguruskan buku-buku kokurikulum.
8) Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran / rujukan / rekod.
9) Mengumpulkan laporan tahunan untuk edaran / rujukan / rekod.
10) Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.

TUGAS GURU PENASIHAT KELAB/UNIT/PERSATUAN/PERMAINAN
1) Membentuk AJK persatuan / kelab / badan beruniform .
2) Memastikan aktiviti-aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
3) Memastikan adanya peraturan / perlembagaan.
4) Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam Perlembagaan.
5) Merancang aktiviti tahunan bersama pelajar dan menyerahkannya kepada Penyelaras.
6) Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7) Merancang strategi untuk peningkatan persatuan / kelab / badan beruniform .
8) Membuat anggaran pendapatan / perbelanjaan.
9) Mengurus kewangan dan hartabenda / peralatan persatuan / kelab / badan beruniform .
10) Menentukan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan.
11) Melaporkan kegiatan kepada Penolong Kanan Kokurikulum.
12) Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti / hari khas kokurikulum dan lain-lain.
13) Menguruskan surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah.
14) Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
15) Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
16) Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima sijil kepada JK.

TUGAS GURU RUMAH SUKAN
1) Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar)
2) Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3) Menjalankan mesyuarat agung & pemilihan AJK rumah sukan ; meliputi olahraga & permainan .
4) Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil / pengawas dalam pertandingan peringkat sekolah.
5) Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan / Penyelaras Rumah Sukan / Penyelaras Permainan / PK Kokurikulum .
6) Memastikan laporan aktiviti rumah sukan untuk edaran / rujukan / rekod.
7) Melaporkan pencapaian cemerlang pelajar untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.
9) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa .

Read more...

SPESIFIKASI TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM & SETIAUSAHA SUKAN

SETIAUSAHA KOKURIKULUM
1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD, JPN dan KPM sepanjang tahun.
2. Membahagikan murid mengikut KELAB, UNIT BERUNIFORM dan PERSATUAN
3. Membantu Pengetua dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat.
5. Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah dan negeri.
6. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama kelab dan persatuan seperti Hari Kokurikulum, Perkemahan Unit Beruniform dan sebagainya.
7. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan untuk tahun berkenaan.
8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan koakademik dan badan beruniform yang dianjurkan oleh sekolah yang lain.
9. Mengawal dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang baik.
10. Mengemaskini buku stok kelab/persatuan/badan beruniform.
11. Mengatur guru pengiring, pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
12. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan beruniform sekolah.
13. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah.
14. Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
15. Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
16. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/GPKK dari masa ke semasa.
18. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum .

SETIAUSAHA SUKAN

  • Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.
  • Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/Zon, MSSPP, MSSM.
  • Membantu Pengetua mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
  • Menetapkan pelajar dalam rumah sukan
  • Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
  • Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
  • Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
  • Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan
  • Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
  • Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran , rujukan dan rekod.
  • Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
  • Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.

Read more...

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE 21

>> Saturday, February 6, 2010

Tarikh: Sabtu, 06 Feb 2010
Masa: 7.30 pagi hingga 1.00 petang
Perasmian disempurnakan oleh Yang Berbahagia, En Halim bin Noor, Pegawai PROSA, PPD SPU
Johan Keseluruhan : Rumah Hijau
Johan Perbarisan Unit Beruniform: Kadet Polis
Johan Perbarisan Rumah Sukan: Rumah Biru
Johan Perhiasan Rumah Sukan: Rumah Kuning




Read more...

RAPTAI KEJOHANAN

>> Friday, February 5, 2010

Acara raptai pembukaan kejohanan telah diadakan pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. (3, 4 & 5 Feb 2010) dan semua perjalanan raptai berjalan dengan baik dan terkawal. Terima kasih atas kerjasama dan komitmen semua guru dan pelajar terlibat.

Read more...

PRA KEJOHANAN

Sebahagian dari acara bapalan dan semua acara padang peringkat akhir telah dialngsungkan selama 2 hari (4 hingga 6 petang). Tahniah dirakkamkan kepada yang berjaya dan mengambil bahagian. Sekalung terima kasih khas dirakamklah kepada semua guru yang telah terlibat secara langsung sepanjang acara dilangsungkan. Acara kemuncak akan diadakan pada Sabtu, 06 Feb 2010 dan majlis perasmian pembukaan akan disempurnakan oleh Ybhg.Encik Halim bin Noor, Penolong Pegawai PPD Utara (Akademik/Bahasa) merangkap Pegawai PROSA.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

Followers


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP