AKTIVITI KOKURIKULUM BINA PELAJAR BERSAHSIAH

>> Friday, February 19, 2010

Ditulis oleh ROSNITA ABU BAKAR

KOKURIKULUM juga dikenali sebagai kurikulum tambahan, pendidikan untuk waktu lapang atau kelas tambahan. Aktiviti yang terkandung dalam kokurilum adalah sebahagian kurikulum formal yang merangkumi aktiviti persatuan, kelab, sukan dan permainan, serta unit beruniform yang dijalankan di luar bilik darjah.

Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib. Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya (Rujuk subseksyen 135 (1) Akta Pendidikan 1996) dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi RM500 sebagai tambahan kepada penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya mengikut akta itu.

Bidang kokurikulum terbahagi kepada tiga bahagian iaitu persatuan/kelab, sukan dan permainan dan unit beruniform. Collins (1973) merumuskan bahawa apa juga aktiviti selain kurikulum di sekolah dalam konteks pembelajaran murid dianggap sebagai kokurikulum, sama ada ia bersifat intra-mural atau ekstra-mural dan sama ada ia dalam pembelajaran formal atau tidak. Abdul Alim (1994) pula menganggap kokurikulum sebagai aktiviti yang masih bersifat pendidikan yang dilaksanakan di dalam dan luar sekolah tanpa mengabaikan aspek kurikulum.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

Followers


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP