NASIB SUKAN DI SEKOLAH PERLU PEMBELAAN

>> Friday, February 19, 2010

Ditulis oleh SRIHANASHAM NOORDIN

JIKA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) benarbenar serius untuk `memeriahkan’ semula aktiviti sukan di sekolah, bukan sekadar pelajar mengikuti subjek Pendidikan Jasmani (PJ) dan Sains Sukan sematamata, banyak isu yang perlu dilihat, ditimbang dan diselesaikan.

Dekan Fakulti Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Mohd Sani Madon, berkata beliau percaya pelbagai peringkat masyarakat giat memperkatakan mengenai sukan di negara ini terutama berkaitan sukan di sekolah.

Katanya, antara isunya ialah sukan di sekolah seolah-olah dianaktirikan dan dianggap sebagai matapelajaran kelas kedua yang mungkin berpunca daripada orientasi terhadap akademik dan peperiksaan yang terlalu tinggi.

“Keadaan ini membabitkan semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan menganggap seolah-olah pelajar cemerlang akademik semata-mata menjadi kebanggaan mereka, bukan lagi pelajar yang mengharumkan nama sekolah dalam sukan,” katanya.

Isu kedua ialah berkaitan dengan sukan mula menjadi kelas kedua kerana semakin kurang prasarana yang disediakan. Contohnya ialah padang, gelanggang, gimnasium.

“Malangnya, kita lihat dekad terakhir ini, mangsa pertama kepada pembangunan ialah padang. Kalau hendak tambah bangunan dan sebagainya, padang yang pertama sekali dikorbankan. Ini tidak berlaku pada zaman dulu. Lihatlah di sekeliling berapa banyak padang dikorbankan. Tetapi, kita tidak boleh menyalahkan kerajaan kerana keperluan menempatkan pelajar lebih ramai,” katanya.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

Followers


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP