USAH JADIKAN SUKAN AKTIVITI BERMUSIM

>> Friday, February 19, 2010

Ditulis oleh DATUK WIRA MAZLAN AHMAD & DR ZUBER HASSAN

KAMI berkesempatan menghadiri beberapa majlis yang dianjurkan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) dan beberapa bahagian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan tetamu utama dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa yang menarik ialah pada setiap kali ucapannya, beliau amat menekankan aspek pembangunan modal insan melalui aktiviti sukan dan kokurikulum. Salah satu yang diberi perhatian untuk dikupas dan dikongsi bersama dalam artikel ini ialah saranan beliau untuk mempopularkan atau menjanakan sukan di sekolah.

Menteri Pelajaran membuat pengumuman supaya kegiatan sukan di sekolah perlu dipopularkan semula. Kenyataan itu mendapat respon dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk persatuan sukan, ahli akademik serta mereka yang berkepentingan dengan sekolah.

Masyarakat menyifatkan budaya bersukan di sekolah kini semakin malap dan tidak bermaya. Kegiatan bersukan di sekolah pada zaman 60-an dan 70-an sentiasa segar, hidup dan tidak bermusim seperti sekarang. Setiap kali atlet negara gagal di pertandingan antarabangsa, sekolah dijadikan puching bag oleh pihak yang beranggapan bahawa sukan di sekolah gagal melahirkan atlet yang cemerlang lagi. Satu perkara laigi, masyarakat juga mempunyai persepsi bahawa kemudahan sukan di sekolah terutamanya padang dikorbankan untuk membina bangunan bilik darjah atau makmal komputer.

Perlu kami jelaskan di sini bahawa aktiviti sukan di sekolah berjalan dan dilaksanakan, tetapi, tidak memberi impak seperti yang diharapkan masyarakat. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) mempertandingkan 25 jenis sukan sepanjang tahun. Bagaimanapun, banyak pihak menganggap pertandingan itu sebagai sekadar melepaskan batuk di tangga kerana jadual pertandingan yang ketat dan diadakan pada waktu kurang sesuai.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

Followers


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP