ADA KERJA PERLU DIBERESKAN HARI SABTU (CUTI)!!!

>> Saturday, January 9, 2010


Sambil meronda dan memantau kawasan sekolah, Cikgu Virawati Johari dan pelajar 4 MM sedang mengecat dan membersih kelas mereka supaya nampak ceria dan kondusif. Warna dinding dalam kelas adalah warna biru muda (warna rasmi sekolah). Mungkin kelas ini akan memenangi pertandingan keceriaan kelas tahun ini. Kita tunggu bagaimana susunan (layout kelas), pengisian papan notis kelas atau bahan P & P multi-media mereka. Good job, keep it up and syabas diucapkan kepada warga 4MM kerana telah
mendahului lain-lain peserta. Maaf kerana tidak dapat rakam semua yang hadir pada hari berkenaan kerana
hanya pakai kamera hp.

Landskap sekolah nampak hebat bila dilihat dari atas Blok B.




Hari ini, Sabtu, 09 Jan 2010 jam 8.30 pagi, En Tan Poh Aun, En K.Muniandy, En V.Andipalgan dan GPKK telah berada di padang untuk menyediakan balapan Sukan Tara dan KOT. Kami dibantu oleh pengawas sekolah Azizi Mat Desa. Manakala 2 orang pelajar lain (Halim & seorang pelajar baru Tingkatan 1) dan dibantu oleh pekerja kebersihan, En Aru telah membantu untuk mengemas Bilik Kokurikulum (hujung bengkel KH). Semua kerja-kerja pembersihan dan menyediakan balapan berjalan lancar dibantu dengan cuaca baik. Kerja-kerja seterusnya akan dismabung minggu depan, insyallah.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

Followers


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP