GARIS PANDUAN UNTUK PERMOHONAN MELANCONG DI BAWAH PERATURAN (MELANCONG) SEKOLAH 1957

>> Friday, February 19, 2010

Pendahuluan

Takrif ‘melancong’ adalah sebagaimana yang diterangkan dalam Peraturan 2(1) dan 2(2) ‘The Schools (Tours) Regulations 1957’. Sila rujuk salinannya yang tertera pada muka surat 110.

1. Peraturan-Peraturan Am Yang Patut Diikuti:
1.1 Peraturan (Melancong) Sekolah 1957 “The Schools (Tours) Regulation 1957”
1.2 Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. KP 8592/L bertarikh 12.7.1966.
1.3 Bagi yang menggunakan Bas (Bas Sekolah/Bas Pelancong, dan lain-lain) Kebenaran Pengarah Pengangkutan Jalan hendaklah diperolehi.

2. Cara memohon:
2.1 Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang seperti contoh yang dilampirkan. Borang-borang ini hendaklah disediakan sendiri oleh pihak sekolah.
2.2 Bagi Lawatan Dalam Negeri permohonan hendaklah dibuat dalam 4 salinan.

2.3 Bagi Lawatan Keluar Negeri:
2.3.1 Tiap-tiap permohonan hendaklah dalam 6 salinan
2.3.2 Tambahan satu salinan bagi tiap-tiap satu negeri yang dilawati.
         Contoh: Ke Bandar Melaka di Negeri Melaka
                      Port Dickson di Negeri Sembilan ) 3 Negeri Kuala Lumpur di Wilayah Persekutuan )
                      ( 6 + 3 = 9 salinan )
2.4 Tentukan semua maklumat yang dikehendaki diisi dengan lengkap.
2.5 Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Guru Besar / Pengetua sekolah 6 minggu sebelum taarikh lawatan.
2.6 Guru Besar / Pengetua hendaklah menyampaikan borang tersebut kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang 5 minggu sebelum tarikh lawatan.
2.7 Sertakan sampul surat beralamat sentdiri tanpa setem.
2.8 Surat kebenaran bertulis ibu bapa / penjaga tidak perlu dihantar kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang.

3. Panduan Mengisi Borang:
3.1 Permohonan hendaklah ditandatangani sendiri oleh Guru Besar / Pengetua. (Sebab-sebab hendaklah diberi jika penandatangan bukan Guru Besar / Pengetua)
3.2 Bahagian Butir-Butir Berkenaan Wang: (Maklumat hendaklah mengandungi)
3.2.1 Jumlah wang yang dipungut.
3.2.2 Punca wang sama ada dari murid-murid, guru, PIBG, Jemaah Pengurus / Pengelola, Peruntukan Kementerian atau subsidi Jabatan atau lain-lain punca (sebutkan punca itu)
3.2.3 Jika daripada murid-murid, catatkan jumlah bayaran yang dikenakan bagi seorang murid.
3.2.4 Jumlah bayaran sewa bas, makan minum, bayaran tiket masuk ke tempat yang dilawati, bayaran tempat penginapan dan bayaran-bayaran lain (jika ada)
3.2.5 Maklumat orang / orang-orang yang dibenarkan memungut dan membelanjakan wang.

3.3 Bahagian Tempat-tempat Yang Dilawati:
3.3.1 Dibahagian ini hendaklah dicatatkan semua nama-nama tempat yang hendak dilawati termasuk nama negeri yang berkenaan.
3.3.2 Tarikh dan masa.
3.3.3 Nama tempat bermalam, jika bermalam.
3.4 Senarai peserta hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:
3.4.1 Nama Penuh (Contoh: Ahmad bin Hassan, Vellu a/l Subramaniam, Lim Peng Kee)
3.4.2 Nama Dalam Tulisan Cina bagi peserta keturunan Tianghua.
3.4.3 Jantina (Catatkan ”L” bagi lelaki dan ”P” bagi perempuan)
3.4.4 Darjah / Tingkatan (jika bukan murid, catatkan perihalnya)
3.4.5 Umur
3.4.6 Alamat tempat tinggal. Jangan gunakan alamat sekolah kecuali jika murid yang berkenaan tinggal di asrama.

4. Hal-Hal Lain:
4.1 Persetujuan bertulis daripada ibu bapa / penjaga murid hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum lawatan diadakan. Perakuan kebenaran bertulis ibu bapa / penjaga hendaklah mengikut format yang dilampirkan.
4.2 Jika peserta rombongan melibatkan murid-murid dari sekolah lain, kebenaran bertulis Guru besar / Pengetua hendaklah diperolehi.

5. INGATAN:
5.1 Peraturan keselamatan hendaklah diterangkan kepada murid-murid dan guru sebelum lawatan itu dibuat.
5.2 Alat pertolongan cemas hendaklah dibawa bersama semasa lawatan.
5.3 Kebenaran Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang hendaklah diperolehi terlebih dahulu jika hendak meminda atau menangguhkan tarikh lawatan. Dalam hubungan ini Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang boleh meminta pihak sekolah membuat permohonan baru.
5.4 Sekiranya lawatan berkelompok yang melibatkan beberapa buah sekolah, permohonan hendaklah dibuat melalui salah seorang Guru bedar / Pengetua sekolah-sekolah yang berkenaan dan permohonan hendaklah dibuat atas nama Guru Besar /Pengetua sekolah yang berkenaan.
5.5 Sebarang pertukaran peserta atau tambahan peserta adalah tidak dibenarkan.
5.6 Jika peserta rombongan terdiri daripada murid lelaki dan perempuan, guru pengawasnya hendaklah terdiri daripada guru lelaki dan perempuan.
5.7 Untuk mengadakan kawalan yang lebih berkesan bilangan guru pengawas hendaklah bersesuaian dengan ramai murid.
5.8 Permohonan yang diterima kurang daripada 5 minggu tanpa sebab-sebab yang munasabah tidak akan dilayani.
5.9 Ketua rombongan atau guru pengawas hendaklah setiap masa memastikan bilangan peserta rombongan cukup sebelum bertolak ke sesuatu tempat atau berlepas balik.
5.10 Jika ibu bapa / penjaga telah diberitahu tentang masa ketibaan rombongan di tempat menunggu (Perjalanan balik), jika berlaku sebarang kelewatan, hendaklah diberitahu kepada ibu bapa / penjaga terlebih dahulu. Dari segi ini hendaklah ditugaskan seorang murid untuk menerima maklumat supaya dapat disampaikan kepada ibu bapa / penjaga.

Surat Pekeliling Ikhtisas 5/2002 Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

Followers


  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP